Ujian Berbeza Pada Setiap Manusia

sumber : Di Sini [ click ]



Sabda Nabi Muhammad S.a.w, Ertinya : “Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa’ (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat”.  (Silsilah Hadits Shahih No. 2276).

Manusia tidak akan terlepas dari ujian dan cubaan di muka bumi ini. Ada yang diuji dengan ujian yang ringan dan ada yang diuji dengan ujian yang berat. Ada yang sabar menempuh ujian dan ada yang gagal mengawal emosinya lantas kecundang di dalam ujian tersebut. Lain manusia lain bentuk dan kategori ujiannya. Ada yang berat di mata seseorang itu tetapi ringan pula di mata orang lain, dan begitulah sebaliknya terpulang pada penerimaan dan tahap pemikiran masing-masing. Ini kerana manusia mempunyai pemikiran yang kompleks dan tidak sama 100% antara satu sama lain. Sedikit sebanyak akan berbeza juga di mana-mana.

Firman Allah yang bermaksud; “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”  (Surah AlBaqarah : Ayat 286)

Ujian yang kita terima bergantung kepada tahap pemikiran dan keupayaan kita. Allah tidak membebankan kita dengan perkara-perkara di luar kemampuan kita jika kita sertai dengan keimanan yang jitu kepadaNya. Iman yang lemah boleh menyebabkan ujian yang ringan pun terasa berat. Keyakinan yang jitu kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akan terserlah lah kesabaran yang tinggi terhadap segala ujianNya insyaAllah. Ingatlah bahawa seorang mukmin itu tidak terlepas dari ujian dan cubaan, semakin tinggi iman kita maka semakin kuat kita akan diuji. Dan manusia yang paling tinggi dan kuat ujiannya adalah para nabi dan Nabi Muhammad S.a.w adalah yang paling tinggi diuji. Oleh kerana itulah kita sebagai umat Islam dianjurkan agar sentiasa berdoa agar kita menerima ujian setakat yang termampu oleh kita.

“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.”  (Hadith riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w sejak dari kecil dijaga dari melakukan dosa, dipelihara oleh Allah dari bermain-main seperti kanak-kanak lain, mempunyai sifat amanah yang tiada tolok bandingnya, dan segala sifat yang baik ada pada nabi. Mahupun baginda tiada dosa, baginda masih tetap diuji dengan tahap ujian tertinggi. Sejak dari kecil nabi diuji dengan kematian orang-orang yang baginda sayang, dari emaknya, bapa saudaranya, datuknya hinggalah ke zaman baginda sudah dewasa dengan kematian anak-anaknya yang masih kecil belaka dan diikuti dengan kematian isteri tercintanya Khadijah dan sebagainya. Ujian-ujian yang baginda terima semasa menyebarkan risalah Islam pun dasyat, dengan tentangan, hinaan, serangan-serangan dari orang-orang yang kufur dan sebagainya.  Inilah pengajaran yang dapat kita ambil untuk semakin sabar dalam menghadapi ujian. Nabi yang tidak melakukan dosa walau sedikit pun diuji dengan ujian berat, apatah lagi kita yang selalu melakukan dosa sama ada kita sedar atau tidak, yang kalau dikumpul-kumpulkan ntah tinggi mana dah dosa kita ni. Jika kita muhasabah diri kita ini, amat patutlah kita dibalas dengan diberi ujian-ujian yang berat kerana kita pun sudah mendapat terlalu banyak nikmat dari Allah S.w.t. Dan jika kita yakin begitu, insyaAllah kita akan dapat sabar menempuh ujian dari Allah.

“Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” , pepatah ini boleh kita guna pakai untuk mengetahui betapa Allah sayang kepada hamba-hambaNya yang beriman padaNya. Untuk meningkatkan lagi keimanan pada Dia, seorang mukmin itu akan diberi kesusahan sama ada kesusahan dari segi mental mahupun fizikal. Dengan kesusahan itu lah manusia itu akan dapat merasa bahawa diri ini terlalu lemah dan perlu bergantung hanya pada Allah zat yang Maha Berkuasa. Jika manusia itu sentiasa dibuai dengan kemewahan dan tidak merasa kesusahan, nescaya manusia itu tidak akan ada sifat kasihan belas, memahami keadaaan orang-orang yang susah, sayang-menyayang antara satu sama lain, berusaha untuk menyelesaikan masalah orang, merasa tidak perlu bergantung pada Allah dan sebagainya. Hanya orang yang pernah melalui kesusahan yang faham erti kesusahan. Hanya orang yang lemah merasai erti kelemahan.

Nabi ada menganjurkan agar umatnya bergaul dengan orang-orang miskin dan orang-orang susah. Dia sendiri pun biasa bergaul dengan orang-orang miskin dan susah walaupun dia seorang nabi yang dipandang mulia dan seorang pemerintah yang agung. Bergaul dengan orang-orang miskin dan susah akan membuatkan kita merasa betapa kita sudah mendapat banyak nikmat, memahami hati orang-orang miskin, tidak terlalu mengejar dunia, tidak hasad dengki dengan orang lain kerana sentiasa merasa diri ini cukup dan sebagainya. Hanya dengan kita melihat ke bawah barulah kita dapat merasa ketenangan yang sebenar. Kerana jika kita hanya bergaul dengan orang-orang kaya, mewah dan berpangkat, boleh menjadikan kita merasa iri hati, hasad dengki, ingin mengejar cita-cita menjadi kaya, hingga menyebabkan tiada ketenangan dalam diri. Ini bukanlah bermakna kita tidak boleh berkawan langsung dengan orang-orang kaya, tetapi jangan semata-mata berkawan dengan orang kaya. Perbanyakkanlah pergaulan dengan orang-orang miskin dan susah, insyaAllah kita akan merasa serba cukup (qana’ah).

Manusia mendapat kesusahan dan kemiskinan di dunia bukanlah bermakna Allah tidak sayang pada manusia itu. Semua itu adalah ujian Allah untuk menguji keimanan manusia. Maksud hadits,“Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran dan kemiskinan.”  (Riwayat Abdullah bin Umar).

Nabi Sulaiman a.s pun yang walaupun dianugerahkan kepadanya sebuah kerajaan yang amat besar dan harta melimpah ruah, tetapi dia hanya berlagak sebagai seorang miskin. Rakyat-rakyatnya diberi makan makanan yang enak-enak tetapi dia hanya makan roti kering sentiasa, masyaAllah. Itu lah contoh yang amat bagus yang perlu diikut oleh seorang yang bergelar pemimpin. Bukan seperti manusia pada hari ini yang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin, sedangkan tanggungjawab seorang pemimpin sangatlah berat untuk dipertanggungkan di akhirat nanti. Para sahabat nabi dalu takut dan berebut-rebut untuk tidak menjadi pemimpin, tetapi manusia zaman sekarang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin.

Adalah Nabi Sulaiman bin Daud a.s apabila di pagi hari, dia memerhatikan muka orang-orang kaya dan orang-orang berpangkat. Kemudian dia datang kepada orang-orang miskin, lalu duduk bersama mereka dan mengatakan, “orang miskin bersama orang-orang miskin”. (Ihya’ Ulumiddin)

Nabi Isa a.s adalah satu contoh manusia yang paling zuhud pada dunia, begitulah pada Saidina Umar alKhattab r.a yang hanya berpakaian yang bertampung tetapi bersih walaupun dia menjadi seorang pemerintah. Tiada apa untuk dilagakkan di dunia ini kerana manusia hanyalah sebatang tubuh yang sentiasa membawa najis. Kenapa manusia sentiasa membawa najis? Kerana di dalam tubuh manusia ada mengandungi najis yang sentiasa perlu dibuang. Tengoklah di rumah-rumah kita, rumah siapa yang tidak mempunyai tandas? Sehinggakan istana raja yang begitu indah pun mempunyai tandas. Sebab itulah Allah  berfirman yang bermaksud “Dan tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan kesenangan yang menipu”. Jika kita sudah yakin bahawa kesenangan hidup di dunia ini hanya satu tipu daya, maka insyaAllah hati kita akan bertambah cekal dan sabar untuk menghadapi apa-apa musibah yang bakal mendatang. Setiap penyakit yang kita terima itu adalah penghapus dosa, setiap ujian yang kita terima adalah penghapus dosa di samping Allah mahu mengangkat darjat kita pada pandangan penduduk langit dan Allah sudah menyediakan kehidupan yang bahagia yang kekal abadi untuk kita di akhirat nanti. Itulah syurga Allah yang hanya disediakan bagi orang-orang yang disayangi oleh Allah. Oleh itu sama-sama lah kita bersabar dalam menempuh apa sahaja ujian dari Allah. “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”.

Sudah menjadi tabiat manusia yang lemah imannya, jika sekiranya dia diberikan kesenangan, dia merasakan yang Allah telah memuliakan dia di dunia ini, manakala jika dia diberikan kesusahan dan kesakitan, dia merasakan bahawa Allah telah menghinanya dan wujud rasa tidak bersyukur di hati mereka, na’uzubillah.

Firman Allah yang bermaksud, “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin, dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil), dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.”  (Surah Al Fajr : Ayat 15-20)

Sama-samalah kita menganggap bahawa ujian dan cubaan dari Allah adalah bekal tambahan bagi kita sebagai persediaan untuk menuju ke negeri abadi nanti. Dan dengan ujian dapat mengajar kita sifat ingin sentiasa bertaubat dan kembali pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Jika kita sentiasa bertaubat maka akan terzahir lah sifat Allah Al Ghaffur (Yang Maha Pengampun). Jika kita tidak istighfar dan bertaubat maka tiada apa dan sebab untuk diampunkan dosa-dosa kita yang bertimbun banyaknya itu. Sabda nabi yang bermaksud, “Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang-orang yang bertaubat”.
***


 Kesimpulannya disini ialah yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudharat jauh daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan.  Sebenarnya Allah hendak mendidik hambanya agar bersabar dalam mencapai sesuatu dan janganlah bergopoh-gapah dalam sesuatu hal kerana ia sebahagian perbuatan iblis yang berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam. Dan ingatlah hanya kesabaran orang yang beriman sahaja akan berpanjangan. Peliharalah iman kita supaya sentiasa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar kita tidak mudah digoda oleh iblis dan syaitan laknatullah. WaAllahu A’lam ..

Cara menjaga hati dan Iman

Apakah maknanya harta kekayaan, kecantikan wajah, rezeki yang berlimpah ruah apabila hati telah di kunci mati oleh Allah swt. Bagaimanakah cara untuk menjaga hati dan iman agar tidak tertutup?

Terjemahan surah Al-Baqarah – ayat 7

“ Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat “

Ibnu Qatadah mengatakan
: Syaitan telah menguasai mereka kerana mereka telah mentaatinya. Maka Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran serta penglihatan ditutup, sehingga mereka tidak dapat melihat petunjuk, tidak dapat mendengar, memahami dan berfikir.

Menurut Mujahid seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Juraij : Allah mengunci hati mereka bermakna melekatnya dosa di hati kerana maksiat dan kekufuran yang dilakukan. Dosa itu menutupi hati dari melihat kebenaran.

Inilah balasan Allah swt kerana kekafiran dan kefasikan manusia. Apakah kita harus membiarkan diri kita terbelengu dengan dosa? Apakah kita tidak ingin mengubah diri kita menjadi insan yang bertakwa?

  • Hadis Rasulullah saw tentang Iman

Dari Abu Hurairah, dia menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda :
“ Sesungguhnya seorang mukmin jika dia mengerjakan satu perbuatan dosa, maka akan timbul noda hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat , menarik diri dari dosa itu dan mencari ridha Allah, maka hatinya menjadi jernih. Jika dosanya bertambah maka bertambah pula noda itu sehingga memenuhi hatinya. Itulah Ar-ran ( penutup ), yang disebut oleh Allah taala dalam firmannya :



“ Sekali-kali tidak (demikian ), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka “
( Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa-I, Ibnu majah)
Ibnu Jarir mengatakan berdasarkan dari Hadis diatas bahawa jika dosa itu telah bertumpuk dihati maka ia akan menutupinya, maka iman akan berkurangan dan ini yang dikatakan Allah mengunci mati hati mereka. Oleh itu maksiat akan menambah dosa dan sekecil-kecil dosa akan menutupi hati kita dari kebenaran. Solat tidak lagi khusyuk dan kita semakin malas menunaikan ibadah. Ulama telah menyatakan meningkatnya Iman adalah dengan bertambahnya kerajinan melakukan amalan solih dan meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa. Berkurangnya keimanan adalah dengan bertambahnya melakukan maksiat dan semakin malas melakukan amalan solih.
  • Jangan menuruti kelakuan orang kafir.
Sudah jelas dimata, mereka melakukan pelbagai kemungkaran. Perzinaan, pakaian yang tidak menutup aurat, hiburan yang melampau, dan pelbagai lagi. Ini menambah dosa mereka kerana kekafiran mereka. Syaitan menguasai mereka hingga hati mereka tertutup dari melihat kebenaran. Oleh itu hayati dan ikuti sunnah dan jangan mencontohi mereka. Hindari hiburan-hiburan dan ideologi yang dibawa oleh mereka.
  • Perbanyak melakukan amalan solih
Cara untuk meningkatkan dan menguatkan iman dengan menjaga hati dan iman dari ditumpuk dengan noda hitam.
  • Belajar dengan hadiri Majlis ilmu dengan mendengar ceramah di rumah ibadat atau di Youtube atau di radio dan membaca bacaan ilmiah berkaitan keagamaan. Amalkan ilmu yang dipelajari.
  • Hindari maksiat mata, telinga, hati seperti sifat hasad dengki dan lainnya. Lagu-lagu boleh mengkhayalkan kerana ia adalah senjata syaitan. Banyakkan mendengar bacaan Alquran dengan terjemahan
  • Berbakti kepada kedua ibu bapa dan jangan sekali-kali mengatakan ahh.. kerana itu perbuatan derhaka.
  • Jangan terlibat dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita kerana akan terbebas melihat melihat yang haram dan membawa kepada mukadimah zina.

    Sila Baca : 

"Lima(5) Bentuk Kejujuran Menurut Imam Ghazali"

"Lima(5) Bentuk Kejujuran Menurut Imam Ghazali"

Allah Azza wa Jalla berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.” (Qs. At-Taubah 119).

Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam bersabda: “Hendaklah kamu semua bersikap jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa pada surga.” (HR. Bukhari).

Kejujuran menjadi buah bibir banyak orang. kejujuran hadir dengan gaung yang membahana. Kita seakan baru mengenal kata dan sifat mulia, “jujur”. Entah karena seringnya ber dusta dan kebohongan oleh perilaku kita sendiri ataukah karena seringnya kita dibohongi sehingga kita menjadi heboh dengan “kejujuran.”^^

Padahal, melakukan dan mengucapkan kebenaran telah diajarakan dalam Al-qur'an. Melaksanakan dan melafalkan dengan penuh kejujuran telah diungkap oleh Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam. Padahal, mengamalkan dan melontarkan kebenaran telah disinggung oleh para Ulama".

Para Ulama berkata, “Langkah awal kejujuran itu adalah menjauhi dusta di semua ucapan. Kejujuran menjadi pintu masuk dalam perbuatan, niat, kenyataan hidup, dan di semua lini kedudukan.”

Imam Al-Ghazali menyebut ada Lima (5) Bentuk Kejujuran. Yaitu :

1. Jujur dalam ucapan :

Tiap kata yang meluncur dari bibir dan lisan seseorang wajib memuat dan mengandung kebenaran. Bukan gunjingan, gossip, dan fitnah. 

Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR. Bukhari-Muslim)

2. Jujur dalam berniat :

Tanda niat yang benar, salah satu tandanya, berbanding lurus dengan perbuatan di lapangan kehidupan. 
Niat saja belum cukup jika tidak diiringi dengan kemauan dan kejujuran bahwa dirinya akan berupaya sekuat tenaga mewujudkan niatnya tersebut.

3. Jujur dalam kemauan :

Jujur dalam kemauan merupakan usaha agar terhindar dari kesalahan-kesalahan dalam menyampaikan kebenaran. Berpikir masak" sebelum bertindak, menimbang baik-buruk dengan ‘kacamata’ Allah adalah tanda jujur dalam kemauan ini. 
Pada saat seseorang telah jujur dalam kemauan, tidak ada hal yang ingin ia gapai selain melakukan perkara yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

4. Jujur dalam menepati janji :

Janji adalah hutang, demikian kalimat yang sering terngiang. Karena hutang, maka wajib untuk dibayar sesuai dengan nilainya. Menepati janji bukan sembarang sikap. Menepati janji berarti mempertaruhkan harkat dan martabat dirinya di hadapan orang lain demi memberi keyakinan pada orang tersebut bahwa ia sanggup untuk membayarnya. Dengan sikap jujur, janji akan tertunai dan amanah akan dijalankan.

5. Jujur dalam perbuatan :

Sebagaimana Al-Ghazali menyatakan makna jujur dalam niat dan perkataan, pada traktak bentuk kejujuran yang kelima ini, Ghazali menggarisbawahi agar kita melengkapi diri dengan jujur dalam perbuatan.

Ucapan yang baik dan niat tulus akan menjadi semakin indah jika ada wujud amal dalam kenyataan. Jujur dalam perbuatan artinya memperlihatkan sesuatu apa-adanya. Tidak berbasa-basi. Tidak membuat-buat. Tidak menambah dan mengurangi. Apa yang ia yakini sebagai kejujuran dan kebenaran, ia jalan dengan keyakinan kuat bahwa Allah Subhannahu wa Ta'ala bersama orang-orang yang benar-benar sebenar"nya!

Jadi,Mari tanyakan diri sendiri tanpa menoleh pada orang lain,Mampukah kita ?

Insya Allah^_^